Sunday, January 23, 2011

25 Charectors Of Me, Randoms!!

Salam Semua,..
Apa punya idea yang macam-macam la sahabat blogger mummy ni. Hari ni mummy baru jengah blog selepas seminggu balik kampung. Tengok2 ada kes tag-mengetag ni. Nampaknya ada tugasan yang perlu mummy buat. Thanks to ibu@jemariasmara  yang tag mummy untuk tugasan yang ntah bila mummy boleh post kan!;

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note,
with 25 random thing, fact, habits or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tag the person who tagged you.
If I tag you, it's because I want to know more about you.
Your cooperation is highly appreciated."

Wah, dasyat tu, nak tahu 25 perkara pasal mummy..Hmm, ok! mummy cuba. Tapi jangan mencebik pulak kalau tahu pasal yang buruk or macam mummy syok sendiri tu yer..OK, here we go.......
  1. Seorang isteri kepada suami, ibu yang mempunyai anak 2, anak perempuan yang masih mempunyai ibu tercinta.
  2. Anak bongsu daripada 13 beradik,..manja tu dengan kakak-kakak.
  3. Berkahwin dengan Muhammad Adam Thongcharen bin Abdullah pada 18 Ogos 2006
  4. Bercita-cita nak jadi pensyarah, tapi dapat jadi Antidrug Officer pun dah kira ok (Emm, masih lagi menaruh harapan pada cita-cita asal)
  5. Seorang yang tak suka bersukan dari sekolah darjah 1..main boling padang jer, lari dalam guni..netball?..jauh sekali! (Tapi, kaki ping pong beb)
  6. Lahir pada 24 Mei 1981 (Jangan lupa bagi hadiah kawan-kawan)
  7. Memiliki D'Shire di Kota Damansara (Beli sendiri, setelah 3 tahun bekerja)
  8. Suka dengar Red.fm everyday going to work..suka celoteh JD & Dilly, tapi ntah mana dia pegi skrg.
  9. Best student untuk program degree in counseling 2001/2005 Universiti Malaya, Ijazah Lulus dengan Cemerlang 2005)
  10. Kelebihan- perkara (eg;cold war) yang berlaku di rumah tak memberi kesan di pejabat
  11. Keburukan- Semua perkara kat pejabat bawa balik kat rumah (suami pun sedar perkara ni)
  12. Ibu yang garang dan cepat lentur dengan anak.
  13. Keburukan- Bawa kereta laju kat highway (espc kalau bergaduh kat rumah ngan daddy, sebab tu tak bawa kesan ke pejabat, sebab dah lepas kat highway)
  14. Pertama kali jadi staf gomen pada 17 Oktober 2005
  15. Tak pernah berebut raya kat rumah 'mak siapa' dengan suami,Raya Puasa balik Terengganu, CNY balik Ipoh (Mom in law sambut CNY) 
  16. Minat minat minat sangat dengan BMW (takde duit je nak beli)
  17. Bergaya masa ada mood nak bergaya, selekeh nak mampos masa rasa nak selekeh (Mak kata 'anak aku ni tak macam pegawai')
  18. Prinsip yang dipegang 'Biar tok bergaye, asal tok pape'
  19. Jarang tido siang hari
  20. Tidur malam berlebih-lebih (8.30 pun dah layan tidur)
  21. Tak minat langsung pada seni halus, penyakit tak sabar, nak bagi semua benda cepat siap, deco-mendeco..hmm, insyaallah tak!
  22.  Suka saaaangat  warna HIJAU
  23. Suka tengok blog orang, tapi malas nak bagi komitmen pada blog sendiri. Ala2 tak rajin la sebab anak selalu kacau (Malam, lebih rela tidur)
  24. Insyaallah akan sambung belajar lagi (berilah mummy sedikit masa lagi)
  25. Sahabat yang tak akan dilupakan sepanjang hayat (Insyaallah), Wan Nuurul Hannan, Farizan Ahmad,(yang lain pun tak lupa jugak, cuma nama tak tersebut jer)
La, dah  25 ker?. Nak bagi lagi boleh tak? hehehe, OK lah, stakat tu dulu, then mummy nak tag siapa yer? Random jugak OK.

ZefaNor
Shimanis
Rosie Rose
Kelly
Farizan
BSB
dll

3 comments:

  1. salam mariam, BSB dah dpt dah 25 randoms nie dan dah buat pun, apa2 pun tq sudi tag kat akak.

    ReplyDelete
  2. Akak BsB: No probs..dah baca pun akak nyer.cian kena buli!

    ReplyDelete
  3. Ayyo, aku pun kena tag ke? hehhe.. thanks my dear! you are always my very best friend too! mmuahhh! May all your wishes come true..amin.
    jae

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...