Assalamualaikum & salam sejahtera..
Wah tengok pada tajuknyer tu, macam mummy ni jenis yang lasak sangat orangnya (allakononlah tu). Alkisahnya,........
Mummy pergi jenguk program yang dikendalikan oleh staf mummy (Kem SMART) pada 11 Jun 2011, di Kem El-Azzhar, Morib.(La, cerita dah lapuk ke??) Lama dah, tapi nakkkkkkkkk jugak masuk blog sebab pics semua nice (bagi mummy sendiri)..
**Secara ringkasnya Kem SMART mensasarkan golongan belia sebagai peserta**
**Memastikan golongan belia tidak terlibat dengan salahlaku penyalahgunaan dadah**
**Memastikan golongan belia tidak terlibat dengan salahlaku penyalahgunaan dadah**
Mummy ajak daddy and bawa kids skali buat teman..Thanks to daddy. Staf mummy puji daddy sporting habis :)
Gambar ni masa mula2 kami sampai, disambut Faizal (penyelaras program)
Permulaan mummy pergi, pakai cun melecun. Ingatkan nak gi menjenguk je. Tiba-tiba budak2 pula cabar mummy suruh joint aktiviti yang sedang berjalan. Apalagi, pinjam kasut dari salah sorang peserta dan....PANJAT.....
So, kita layan gambar2 yang menceritakan aktiviti tersebut...Here we go!
Empat gambar diatas ni menceritakan permulaan kepada cabaran yang semua peserta perlu lalui untuk sampai ke aktiviti kemuncak iaitu 'flying fox'. So mummy pun dengan penuh keayuannya, panjat la. Mula2 rasa berdebar-debar juga, bila dah lama, ok je. Pada gambar yang ke-4 (diatas), mummy stuck lama kat situ. Macam tak percaya je tali tu boleh tampung mummy yang memang dah 'overweight' ni. Tapi dengan semangat & bantuan dari daddy and staf, mummy ok :) dan tetap ayu. Ngehngeh.
Gambar 3 serangkai ni pulak adalah pertengahan perjalanan nak pergi 'terbang' tu. Yang 'bestnya' :( , masa mummy tengah meniti tali untuk ke station flying fox tu, staf mummy
(2 orang teruna dalam gambar kat atas) sibuk goyangkan tali.. Nasib baik daddy kuatkan semangat mummy. Daddy cakap "Its ok sayang, don't be afraid, takde ape".. Yang dua tu sibuk dok menggoyangkan tali. Mummy cakap pulak "Woi, berani hangpa buat bos camni, hangpa tunggu la akhir tahun nanti, aku tenyeh cukup-cukup". Kami semua gelak, tu semua cakap2 kosong je tu :)
(2 orang teruna dalam gambar kat atas) sibuk goyangkan tali.. Nasib baik daddy kuatkan semangat mummy. Daddy cakap "Its ok sayang, don't be afraid, takde ape".. Yang dua tu sibuk dok menggoyangkan tali. Mummy cakap pulak "Woi, berani hangpa buat bos camni, hangpa tunggu la akhir tahun nanti, aku tenyeh cukup-cukup". Kami semua gelak, tu semua cakap2 kosong je tu :)
Inilah dia ketakutan mummy. Bunyi macam eksyen jer orangnya, tapi memang kecut perut...Mummy tak suka ketinggian yang bergerak macam ni. Kalau ada orang cabar mummy suruh naik roller coaster, belum tentu mummy akan naik. Bagi seribu pun tak nak...TAK SANGGUPPPPPPPP!..Bagi dua ribu?...Erk, mummy fikir jap ;)
P/s: Cuba tengok gambar yang ke-4 tu, puuuuucaaaatt. My staf boooooo kan mummy ;(
Diaorang memang tak sayangkan periuk nasik!!!!!!! HUH
So inilah di pengakhiran cerita mummy. Masa dok jerit kat flying fox tadi, bos mummy (Tuan Alias) ada dok tengok. Tu! bos mummy tu, yang pakai baju oren, kocik-kocik tu ha. So sekarang sesi melayan bos yang datang memantau program kami. Mummy pun nak 'cover line' jugak. Tadi menjerit sakan..
Ok lah, itu saja paparan yang menarik untuk mummy dari mummy. Bagi orang lain, mungkin quite boring..Agaknyalah!! Melampau plak upload gambar sampai 14 keping. Bukan apa, mummy malas nak buat post bersiri. Siri 1... Siri 2... Siri 3 and so on.... Sampai berjumpa lagi,
(HARI INI 4 RAMADHAN 1432H bersamaan 4 OGOS 2011M)
Mula2 aku ingat aktiviti lasak bulan puasa. hehehe... hebat jugak tu, aku gayat benda2 tinggi ni. yang ni aku pernah la try sekali terpaksa buat masa BTN dulu. chisss, mujur tak pengsan. hahaha... roller coster bagai tu mintak simpang lah... takut aku.
ReplyDeleteYam, sempena bulan pose ni aku ucapkan selamat berpuasa la untuk mung dan Adam... princess dua orang tu tak pose lagi kot. hehe..
apepun, have a blissful Ramadhan and... selamat hari raya lambat lagi kot. hehe :D
Take care!
Jan
Hahaha, biasala,. tajuk mesti mau gempak. biar la citer 2 bulan lepas pun:)
ReplyDeleteAku pun gayat bab2 benda bergerak ni. Ingatkan tak teruk flying fox nih, mana la tau menjerit sakan..Malu kat bos! Tapi adam support abih bab2 mencuba sesuatu yang baru..
Tq jae, wish you too Salam Ramadhan,
Raya? aku wish lain ekk, Insyaallah.