Assalamualaikum dan salam sejahtera,.
Dah hampir ke penghujung 2011. Selamat datang tahun baru 2012. Makin banyak cubaan dan dugaannya,. Sebagai penjawat awam, 2012 akan melihat kepada transformasi Perkhidmatan Awam. Mummy mengalu-alukan saat tersebut :) .. There's no joke,
| Just before we left |
Owch, lupa pula pada tajuk kat atas tu...Hmm, 2012 juga adalah fasa baru buat mummy, daddy and kids. Dengan penuh rasa bangga yang tidak terhingga mummy nyatakan bahawa tahun depan princesses mummy akan mula bersekolah., Oh, sungguh teruja..teruja..teruja sangat.
| Dengan penuh semangat berpimpin tangan nak pergi daftar sekolah :) What a nice moment - Love you all |
Semalam, 19 November 2011, mummy dan daddy dengan penuh bersemangat bawa anak-anak ke sekolah yang bakal mereka masuk tahun depan. Untuk makluman, puteri sulung mummy bakal berusia 4 tahun pada 5 Januari tahun depan manakala puteri kecil pula bakal berusia 3 tahun pada 20 Februari.. Alhamdulillah, sedar tak sedar mummy dan daddy dah ada anak yang bakal ke sekolah. Hahaha, seronoknyer perasaan ini, tiada ungkapan yang boleh kami ucapkan.
In front of the Angel Kids Centre and registration session
Seawal 10.00 pagi kami pergi ke sekolah baru Cheche and Meimei. Semalam adalah hari terbuka (Open Day) untuk sekolah tersebut. My princesses bakal bersekolah di ANGEL KIDS CENTRE, di Tampin. So, episod mummy merindui anakanda bakal berakhir tak lama lagi,. Mungkin lepas ni daddy pulak yang akan rasa kesunyian merindui 2 puteri yang dah 4 bulan daddy jaga tu. Sekarang pun daddy dah mula meluahkan rasa tersebut, 'Am going to miss them"..Daddy said.. Pity us!!!
Sepatutnya meimei tak payah beli uniform pun, tapi mummy terpaksa beli jugak uniform tu untuk dia. Dia dah pusing2 dah, menggayakan uniform tersebut ala-ala "Barbie Princess Charm School" punya watak. Pakai uniform le katakan..
Dalam menentukan pemilihan sekolah anak-anak, mummy pun rasa keliru juga dengan kemampuan kami (mummy and daddy). Bolehkah mummy dan daddy mengendalikan anak-anak yang dah bersekolah ni. After having our discussion, we decided to send our chlidren to Mandarin School. So, this is the right school for them. As what we wish. Kelihatan agak mencabar kerana every subjects di sekolah adalah dalam bahasa mandarin,. Eg; Maths, Science and Mandarin itself,. Lain-lain seperti english and bahasa diajar dalam bahasa masing-masing. Looks like mummy pulak yang kena belajar bahasa Mandarin, takut nanti mereka balik bully mummy kat rumah :)
Setelah ditimbang-tara, akhirnya Kids Angel Centre menjadi pilihan. Bukan sehari dua mummy membuat survey di sekitar Tampin,. Nak memastikan bahawa keadaan sekolah dan suasana yang condusive untuk anak-anak. Tambahan pula mummy terpaksa handle seorang diri anak tanpa bantuan daddy. Walaupun keadaan terpaksa, tapi mummy rela. Kami kena merelakan keadaan ini. Insyaallah, semoga Allah memudahkan segala urusan ditambah dengan sokongan dan dorongan dari Daddy dan kawan-kawan mummy sendiri. Mummy positif:::
| The books for Cheche/ books for Meimei cikgu tak bagi bawa balik :) |
| The Uniform ::: Should be for Cheche only, but mummy also took for Meimei, Satgi depa bergaduh nak jadi Princess pulak :) |
Sesi bergambar di rumah setelah semuanya selesai di sekolah :)
Last but not least, mummy nak rekodkan juga dari segi yuran dan pendaftaran 2 princesses mummy di sini. Keseluruhannya adalah RM776.00,.. Untuk anak, semua mummy relakan.
Registration for Cheche
Registration for Meimei
Insyaallah, akan bersambung lagi cerita anak bakal ke sekolah ni.. Mummy suka!!!
Alhamdulillah dah besar dan nak bersekolah dah both princesses. Seronok lah lepas ni mummy dapat tinggal dengan princesses. kesian pula daddy berjauhan ye.
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok sangat menantikan saat itu :).. Kesian dan risaukan daddy juga, almaklumler, bujang ;)
ReplyDelete